Friday, April 29, 2016

EH..BARU BERSALIN YER?? TAHNIAH....

Sape ye rakan fb saya yang baru lepas bersalin??ni saya nak tanya lah sikit..ada tak masalah keguguran rambut yg agak berlebihan atau dalam kata lain secara mendadak????
Ha!!ni saya ada penawar nya..Hehehe..saya guna memang syoklah...Kalau xpakai ni memang seram tgok rambut gugur,cam nak botak dh gayanya....untuk org yg sudah agak kekurangan rambut akibat umur yg semakin meningkat ke ataupun memang ada masalah rambut pun boleh guna jugak penawar ni...
PM SAYA DENGAN SEGERA TAU...TAKUT KEHABISAN PULAK..SEBAB LAJU JE HABIS TAU..MACAM PISANG GORENG LAKU NYA!!! wink emoticon
019 927 1048 - Ummu Q.

CIRIT BIRIT? KESIANNYA...NAH AMIK NI!

Ini saranan supplementnya.
Nak cod atau pos?
Ni nombor Ummu Q- 019 927 1048
Cirit birit
Cadangan rawatan
- tumpu pembaikan dehidrasi
- ambil Bee Propolis dan Garlic thyme sbg natural anti-biotics
- Selepas rawatan dehydration, perlu.mula makan.secara berdikit dengan makanan mudah hadam dan elakkan yang kesan kpd usus spt makanan bercili pedas.
- juga elakkan makanan tinggi serat/ fibre, susu, berminyak, spices and seasonings dan sweetened orange juice.
Products
Aloe Vera Gel campurkan dengan air kosong dan bee honey . cth campur 120ml - 180ml avg dgn 2lt air dan bee honey secukup.rasa dan minum sepanjang.hari. Bagus sebagai penggantian kehilangan nutrients dan sbg anti-inflammatory.
Bee Propolis Tablets dan Garlic & Thyme Softgels. 4 to 6 of each a day, 2 with each meal. Natural anti-biotics, kills bacteria and viruses
InshaAllah saya bantu , 019 9271048 Ummu Q

MADU BUKAN SEBARANG MADU..TAPI MADU DARI FOREVERLIVING

Makanan sunnah "‪#‎madu‬ ' dapat mengunci air dalam badan dari kehilangan dengan banyak, SubhanaAllah telah dijelaskan dalam al Quran dan Hadith Rasulullah saw mengenai kelebihan dan menjadi amalan para sahabat ra sejak beribu tahun lalu.
Firman Allah dalam surah an-Nahl:
(Surah An-NAhl: 69). Tafsirnya: "Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan.
" Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga ada berpesan agar seseorang itu berubat dengan madu dan al-Qur'an, Baginda bersabda:
Maksudnya: "Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Qur'an." (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Tubuh manusia terdiri dari majoriti air. Lebih kurang 60 % hingga 70% berat badan manusia terdiri dari air. Oleh itu air merupakan komponen terbesar dan terpenting dalam tubuh manusia.
Air bukan sekadar menghilangkan kehausan apabila dahaga, malah merupakan komponen utama yang memastikan setiap sistem dalam badan berfungsi.
InshaAllah kita manfaatkan khasiat madu yang terserlah sebagai makanan Sunnah Rasulullah saw.
‪#‎PRODUKLEBAH‬
Forever ‪#‎Royaljelly‬ : 60 biji RM112 / RM95.20 / RM78.40
Forever ‪#‎BeePropolis‬ : 60 Biji RM112 / RM95.20 / RM78.40
Forever ‪#‎BeePollen‬ : 60 biji RM60 / RM51 / RM42
Forever ‪#‎BeeHoney‬ : 500gram RM60 / RM51 / RM42
Saya bantu bagaimana anda boleh mendapat 15% - 35% diskaun untuk setiap produk Forever Living.
Call / Whatsapp : 019-9271048

DEODORANT TER 'BEST' DARI ALOE VERA

TAHUKAH SAHABAT-SAHABAT ⁉
 Aluminium dalam antiperspirant dan deodoran boleh menyebabkan toksik yang menyumbang kepada pembentukan logam berat dalam otak.
 Deodoran yang menutup liang peluh juga menyumbang kepada kanser payu dara wanita.
BERITA BAIKNYA…
😍😍😍
💚 Aloe Ever-Shield Deodorant Stick FOREVER LIVING 💚
💯 Tanpa Aluminium yang boleh menyumbat liang-liang peluh.
💯 Baik kepada pengguna yang alah bahan kimia
💯 Rumusan lembut menggunakan lidah buaya
memberikan perlindungan berkesan daripada bau pangkal lengan
Saya berikan Pilihan Terbaik Untuk Kawan2 Tersayang...
💐💐 Deodorant Aloe Ever-Shield FOREVER LIVING.💐💐
019 9271048 ummu Q

WAH..HANGAT SUNGGUH SAMBUTAN PRODUK ALOE VERA NI

ALHAMDULILLAH..
Selamat sudah pengeposan pesanan FOREVER SUNNAH FOOD kepada pelanggan2 yg mementingkan kesihatan sebentar tadi.
Atiqah - 1 botol ‪#‎nectar‬
Syeda - 1 botol ‪#‎articsea‬
Ehsan - 2 botol ‪#‎pomeesteen‬
Asmat - 1 botol nectar
Yg nak COD :
Mardhiyyah - deodorant
Next pos tgu stok sampai:
Kak ita- forever bee honey
Puan suhana - forever bee honey (nak bwk gi umrah)
Okey, esok kena repeat order dah. WAJIB REPEAT. Ada sape2 nak selit order produk terbaik ni jgn lupe wassap yer Ummu Q Flp 0199271048
Syukur Ya Rabb...
"Hidupkan sunnah..pahala dan kesihatan milik kita, InsyaAllah."

PRODUK KEGILAAN RAMAI

PRODUK KEGILAAN RAMAI!! ALOE VERA GEL FOREVER
LIVING

Foreverliving's photo.
Forever Living Aloe Vera Gel mengandungi Patented Stabilized
Aloe Vera Gel, yang mana ketulinan, kualiti dan kesegaran aloe
vera yang terdapat dalam setiap botol Aloe Vera yang kami jual.
Bayangkan, daun lidah buaya dibuka dan gel itu dimakan terus
dari pokok. Begitulah tulin dan segarnya aloe vera yang kami
hasilkan.Daun ajaib lidah buaya ini didapati mengandungi
lebih daripada 200 bahan, termasuk 20 mineral, 18 asid amino
dan 12 vitamin. Produk ini distabilkan dan dipatenkan bagi
mengekalkan sistem penghadaman yang sihat dan tahap
tenaga yang semula jadi.
Yang pertama menerima sijil daripada International Aloe Science
Council, koktel ini kaya dengan pulpa dan cecair mengesahkan
lagi produk ini sama sifat dengan aloe vera yang dikehendaki.
Diambil setiap hari sama ada minum terus atau dicampur dengan
jus buah-buahan tulen, ia adalah salah satu minuman kesihatan
yang terbaik.
Forever Aloe Vera Gel dimantapkan untuk membekalkan anda
dengan asid amino, vitamin, mineral, polisakarida, enzim
dan berbagai-bagai faktor kesihatan yang lain untuk membantu
memperkuatkan system imun dan pemulihan anda. Ia dapat
membantu meningkatkan kesihatan secara umum.
Forever Aloe Vera, boleh dikatakan sebagai minuman wajib
untuk anda jika anda:
Berhasrat untuk mencari penawar berkhasiat untuk meredakan
sebarang kesakitan tetapi tidak tahu hendak memilih yang mana
satu makanan kesihatan yang baik untuk anda.
Sekadar berhasrat untuk mengekalkan kesihatan anda.
Melancarkan sistem penghadaman.
Mengurangkan kebas-kebas badan dan anggota.
Menurunkan berat badan anda (elok diambil bersama
Forever Arctic-Sea).
Mengurangkan kolestrol dalam darah (diambil bersama
Forever Arctic-Sea).
Merawat dan mengurangkan kesan strok (diambil
bersama Forever Arctic-Sea).
KEBAIKAN/KHASIAT FOREVER
LIVING ALOE VERA GEL
Menghentikan pertumbuhan tumor (diambil bersama
Pomesteen Power).
Merendahkan kadar kolestrol (diambil bersama
Forever Arctic-Sea).
Memperbaiki sel darah
Mengawal dan merawat gout
Menghalang penyakit 'kidney stone'
Memudahkan penyingkiran kefien daripada kopi dan teh
Menghalang penyakit ulser dan penyakit sistem
penghadaman
Memberi kesimbangan asid/alkali dalam badan
Mengurangkan tekanan darah tinggi, bukan sekadar merawat
kesan-kesan sekaligus
merawat punca darah tinggi
Menambah mineral, vitamin, enzim dan nutrien dalam badan
Menghentikan kanser usus
Menghilangkan buasir
Sebagai pelincir untuk sistem perkumuhan yang lebih baik
Meneutralkan kadar gula dalam darah
Memelihara buah pinggang
Menguatkan ketahanan badan (sistem imunisasi)
Mengawal gastrik
Memperbaiki sel kulit yang rosak dan sekaligus menghasilkan
kulit/wajah yang lebih
cantik.
Menurunkan perut buncit (diambil bersama
Forever Arctic-Sea).
Menurunkan berat badan (kesan lebih ketara bila diambil bersama
Forever Arctic-Sea dan
Pomesteen Power secara intensif).
KANDUNGAN FOREVER
LIVING ALOE VERA GEL/
Asid Amino-Asid Amino ialah bahan asas protein yang digunakan
oleh badan untuk membina sel dan tisu.
Antrakuinon-Dalam kepekatan yang amat kecil seperti yang terdapat
dalam gel aloe vera dan bersama-sama dengan bahan-bahan
kandungan aloe vera yang lain, antrakuinon mempamerkan
aktiviti-aktiviti antibakteria, antikulat dan antivirus.(Secara
tersendiri, pada umumnya antrakuinon adalah pelawas
dan mungkin toksik pada kepekatan yang tinggi)
Enzim-Secara umumnya enzim-enzim adalah pemangkin bagi
proses-proses metabolisme, yang menolong menghuraikan gula
dan lemak makanan, membantu penghadaman dan
mempertingkatkan penyerapan nutrien
Hormon-Hormon tumbuh-tumbuhan ini mempamerkan sifat-sifat
pemulihan luka dan anti keradangan
Lignin-Lignin ialah sejenis bahan berasaskan selulosa yang
mempunyai daya penembusan yang tinggi. Ia boleh berfungsi
sebagai pembawa nutrien-nutrien yang lain, dengan itu
menolong mempertingkatkan keberkesanan dengan membawa
nutrien-nutrien lebih jauh ke dalam tubuh badan kita.
Mineral-Mineral ataupun garam galian adalah diperlukan untuk
kesihatan yang baik. Secara umumnya ia diperlukan untuk
beribu-ribu proses dalam badan kita. Beberapa mineral juga
diperlukan untuk membina tulang dan gigi yang kuat
Monosakarida-Gula ringkas
Polisakarida-Mempamerkan sifat-sifat perangsang-imun, iaitu
ia dipercayai boleh menolong merangsangkan penghasilan
antibodi dan sel darah putih. Juga mempunyai tindakan anti
keradangan yang boleh menolong mengurangkan penyakit
sendi/artritis dan keadaan-keadaan keradangan yang lain.
Asid Salisilik-Sejenis sebatian bersifat analgesik iaitu boleh
meredakan kesakitan.
Saponins-Saponins ialah sejenis bahan seperti sabun
yang boleh menolong membersihkan tisu badan.
Ia adalah sedikit antiseptik.
Sterol-Secara umumnya, sterol tumbuh-tumbuhan ini ialah anti
keradangan. Lupeol juga mempunyai sifat-sifat analgesik
dan antiseptik
Vitamin-Vitamin A, C dan E adalah antioksidan yang boleh
menolong meneutralkan radikal-radikal bebas. Vitamin B-
Kompleks dan choline diperlukan bagi metabolisma asid
amino manakala asid folik.
Untuk mendapatkan produk terhebat ini sila hubungi Ummu Q - 019 927 1048
Cepat! Stok selalu KEHABISAN!

Foreverliving's photo.

Friday, February 5, 2016

Video Kehebatan Foreverliving



Saksikan Kehebatan Produk Aloe Vera Gel


Saksikan Bagaimaan Aloe Vera Gel mebersihkan
usus anda!

Untuk dapatkan produk hebat ini sila hubungi Ummu Q - 019 927 1048




Thursday, September 19, 2013

KISAH TAULADAN 3

KOLEKSI KISAH TAULADAN

Koleksi Kisah-Kisah  Tauladan

Memaparkan Cerita-Cerita Ringkas Yang Berunsurkan Pengajaran, Penghayatan, Nilai-Nilai Murni, Keharmonian, Kesedaran Dan Kecintaan Dalam Kehidupan

Pelajaran Sang Kodok
Sekelompok kodok sedang berjalan-jalan melintasi hutan,dan dua di antara kodok tersebut jatuh kedalam sebuah lubang. Semua kodok-kodok yang lain mengelilingi lubang tersebut. Ketika melihat betapa dalamnya lubang tersebut,mereka berkata pada kedua kodok tersebut bahwa mereka lebih baik mati. Kedua kodok tersebut tak menghiraukan komentar itu dan mencuba melompat keluar dari lubang itu dengan segala kemampuan yang ada. Kodok yang lainnya tetap mengatakan agar mereka berhenti melompat dan lebih baik mati.

Akhirnya, salah satu dari kodok yang ada di lubang itu mendengarkan kata-kata kodok yang lain dan menyerah. Dia terjatuh dan mati. Sedang kodok yang satunya tetap meneruskan untuk melompat sedapat mungkin. Sekali lagi kerumunan kodok-kodok tersebut berteriak padanya agar berhenti berusaha dan mati saja. Dia bahkan berusaha lebih kuat dan akhirnya berhasil.

Ketika dia sampai diatas, ada kodok yang bertanya, "Apa kau tidak mendengar teriakan kami?". Lalu kodok itu (dengan membaca gerakan bibir kodok yang lain) menjelaskan bahawa ia pekak. Akhirnya kodok2 tesebut sedar bahwa saat di bawah tadi kodok pekak itu menganggap mereka telah memberikan semangat kepadanya.

Renungan :

Kekuatan hidup dan mati ada di lidah. Kekuatan kata-kata yang diberikan pada seseorang yang sedang "jatuh" justeru dapat membuat orang tersebut bangkit dan membantu mereka dalam menjalani hari-hari.

Kata-kata buruk yang diberikan pada seseorang yang sedang "jatuh" dapat membunuh mereka. Hati hatilah dengan apa yang akan diucapkan. Suarakan 'kata-kata kehidupan' kepada mereka yang sedang menjauh dari jalur hidupnya. Kadang-kadang memang sulit dimengerti bahwa 'kata-kata kehidupan' itu dapat membuat kita berfikir dan melangkah jauh dari yang kita perkirakan.

Semua orang dapat mengeluarkan 'kata-kata kehidupan' untuk membuat rakan dan teman atau bahkan kepada yang tidak kenal sekalipun untuk membuatnya bangkit darikeputus-asaanya, kejatuhannya, ataupun kemalangannya.

Sungguh indah apabila kita dapat meluangkan waktu kita untuk memberikan semangat kekuatan bagi mereka yang sedang putus asa dan jatuh.

Pemburu Yang Tamak
Pada satu hari, seorang pemburu telah menangkap seekor burung murai. Dengan perasaan sedih burung murai itu merayu kepada si pemburu.

Burung itu bertanya, " Apa yang ingin engkau lakukan pada diriku?"

Lelaki itu menjawab " Akan aku sembelih engkau dan makan engkau sebagai lauk"

"Percayalah, engkau tidak akan begitu berselera memakanku dan aku tidak akan mengenyangkan engkau. Jangan engkau makan aku, tetapi akan aku beritahu engkau tiga nasihat yang lebih baik dari engkau memakanku "

Si burung berjanji akan memberikan nasihat pertama ketika berada dalam genggaman orang itu. Yang kedua akan diberikannya kalau ia sudah berada di cabang pohon dan yang ketiga ketika ia sudah mencapai puncak bukit.

Terpengaruh dengan rayuan si murai itu, si pemburu pun bersetuju. Lalu dia meminta nasihat pertama. Kata burung itu, "Kalau kau kehilangan sesuatu, meskipun engkau menghargainya seperti hidupmu sendiri, jangan menyesal."

Orang itu pun melepaskannya dan burung itu segera melompat ke dahan. Di sampaikannya nasihat yang kedua, "Jangan percaya kepada segala yang bertentangan dengan akal, apabila tak ada bukti."

Kemudian burung itu terbang ke puncak gunung. Dari sana ia berkata, "Wahai manusia malang! Jika tadi engkau sembelih aku, nescaya engkau akan dapati dalam tubuhku ada dua biji mutiara. Berat setiap mutiara itu adalah dua puluh gram."

Terperanjat sungguh si pemburu itu mendengar kata-kata si burung murai.. Si pemburu berasa dirinya telah tertipu. "Bodohnya aku! Bagaimana aku boleh terlepas peluang yang begitu baik!"

Pemburu itu sangat menyesal memikirkan kehilangannya. Namun katanya, "Setidaknya, katakan padaku nasihat yang ketiga itu!"

Si burung murai menjawab,"Alangkah tololnya kau meminta nasihat ketiga sedangkan yang kedua pun belum kau renungkan sama sekali. Sudah kukatakan padamu agar jangan kecewa kalau kehilangan dan jangan mempercayai hal yang bertentangan dengan akal. Kini kau malah melakukan keduanya. Kau percaya pada hal yang tak masuk akal dan menyesali kehilanganmu. Cuba engkau fikirkan, hai orang yang dungu. Aku, dagingku, darahku dan buluku tidak logik seberat dua puluh gram. Oleh itu, bagaimana mungkin akan ada dalam perutku dua biji mutiara yang masing-masing seberat dua puluh gram? Aku tidak cukup besar untuk menyimpan dua butir mutiara besar! Kau tolol! Oleh kerananya kau harus tetap berada dalam keterbatasan yang disediakan bagi manusia."

Murai menyambung lagi, "Nasihatku yang ketiga adalah, memberi nasihat kepada sedozen bahlul seperti engkau ini adalah seperti menabur benih di tanah usang, tidak akan memberi faedah!"

Kemudian terbanglah si burung murai yang bijak itu meninggalkan si lelaki yang termenung akan ketamakannya itu.

Moral:
Itulah contoh betapa halobanya anak Adam yang jadi kelabu mata dari mengetahui kebenaran.
Jika seseorang menginginkan yang serba banyak atau terlalu panjang angan-angannya atas sesuatu yang lebih, nescaya hilanglah sifat qana' (merasa cukup dengan yang ada). Dan tidak mustahil ia menjadi kotor akibat haloba dan hina akibat rakus sebab kedua sifat itu mengheret kepada pekerti yang jahat untuk mengerjakan perbuatan-perbuatan mungkar, yang merosakkan maruah (harga diri).

Kisah Tiga Budak Hitam.

Tiga orang budak hitam berjalan-jalan di atas pasir di persisiran sebuah pantai. Tiba-tiba seorang dari mereka tertendang sebiji botol. Beliaupun mengambil botol tersebut. Botol tersebut tertutup rapat dengan penutup gabus. Kesemua mereka kehairanan dan tertanya-tanya apa yang ada di dalam botol tersebut. Lalu salah seorang dari mereka pun membukanya. Terbuka sahaja botol tersebut, keluarlah seekor jin yang amat besar.

Jin tersebut ketawa-terbahak-bahak lalu berkata " Siapakah engkau hai manusia yang telah membebaskan aku? Aku telah terkurung dalam botol ini selama 20 tahun. Dalam masa terkurung aku telah bersumpah akan menyempurnakan 3 hajat sesiapa yang membebaskan aku dari botol ini.. Nah! Sekarang kamu semua pintalah apa-apa, akan aku tunaikan permintaanmu"

Ketiga-tiga budak hitam itu mulanya terkejut tetapi bergembira apabila jin tersebut menawarkan untuk menunaikan permintaan mereka. Jin pun berkata kepada budak yang pertama, " Pintalah!" Budak hitam pertama pun berkata . "Tukarkanlah aku menjadi putih supaya aku kelihatan cantik" Jin pun menunaikan permintaannya. Lalu budak itu pun menjadi putih. Jin pun berkata kepada budak hitam kedua,"Pintalah!".

Budak hitam kedua pun berkata ." Tukarkanlah aku menjadi putih dan kelihatan cantik, lebih putih dan cantik daripada budak yang pertama". Jin pun menunaikan permintaannya. Lalu budak itu pun menjadi putih dan cantik lebih daripada budak yang pertama. Jin pun berkata
kepada budak hitam ketiga, "Pintalah!". Budak hitam ketiga pun berkata ."Tukarkanlah aku menjadi putih dan kelihatan cantik, lebih putih dan cantik daripada budak yang pertama dan kedua".

Jin pun berkata. " Tidak, permintaan itu tidak dapat aku perkenankan. Pintalah yang lain..." Budak hitam ketiga kehairanan dan terfikir-fikir apa yang mahu dipintanya.

Setelah lama berfikir, budak hitam ketiga pun berkata " Kalau begitu, aku pinta kau hitamkan kembali rakan aku yang dua orang itu" Lalu jin pun tunaikan permintaannya. Kembalilah asal hitam kedua-duanya. Jin pun berlalu dari situ dan ketiga-tiga mereka tercengang-cengang dan tidak memperolehi sesuatu apa pun.

Moral:
Sikap dengki, cemburu dan irihati seringkali bersarang di hati manusia. Manusia tidak suka melihat orang lain lebih dari mereka dan mengharapkan mereka lebih dari orang lain. Mereka juga suka melihat nikmat orang lain hilang. Sikap ini sebenarnya pada akhirnya merugikan manusia sendiri.

Kisah Kedua:

Pada zaman dahulu kala di era wujudnya lagenda burung garuda dan naga, terdapat tiga orang budak hitam yang bersahabat rapat antara satu sama lain. Tiga budak hitam itu bernama Buntal, Montel dan Debab. Mereka bertiga sering bersama-sama untuk pergi ke mana-mana.


Pada suatu hari ketika mereka bertiga bersiar-siar di tepi pantai Tanjung Pulasan sambil menghirup udara segar, tiba-tiba Buntal, Montel dan Debab ternampak seorang nenek tua bongkok tiga terjelepok jatuh ketika cuba turun dari sampan. Berlari-larilah mereka bertiga mendapatkan nenek tua tersebut dengan niat untuk memberi bantuan.

Buntal, Montel dan Debab memapah nenek tua tersebut ke bawah pohon Kelapa Laut Afrika dan mengangkat barang-barang kepunyaan nenek tua itu dari sampan tersebut. Berkatalah nenek tua itu, “Terima kasih cucu bertiga, budi baik cucu-cucu sekalian takkan nenek lupakan.”

Si Buntal bertanya, “Nenek ni siapa? Apa hajat nenek ke negeri ini?”

Maka jawab nenek tua itu, “Panggil saja nenek ni Wan Limah, nenek ni pengembara.”

“Oh… pengembara. Jadi Wan Limah mesti banyak ilmu di dada,” kata Si Montel.

“Sikit-sikit tu adalah…sebagai balasan nenek akan kabulkan tiga permintaan kamu bertiga sekadar kemampuan nenek,” kata Wan Limah dengan penuh yakin.

“Ini sudah bagus!!!” Jawab Si Debab dengan kegembiraan.

“Oleh kerana aku yang paling tua, jadi aku berhak membuat permintaan pertama,” kata Si Buntal. Si Montel dan Si Debab mengangguk tanda setuju.

“Wan Limah… saya teringin nak jadi putih macam orang-orang di negeri atas angin,” kata Si Buntal.

“Nak jadi putih melepak? Nah…ambil ubat sapu ni,” jawab Wan Limah sambil menghulurkan ubat sapu tersebut. Si Buntal terus menyapu ubat tersebut ke mukanya dan tiba-tiba seluruh kulitnya bertukar menjadi putih.

Apabila melihat kejadian itu dengan cepat Si Montel berkata, “Wan Limah… saya nak jadi lebih putih daripada Si Buntal tu!”

“Nak jadi lagi putih? Nah cuba ubat sapu ni,” kata Wan Limah. Si Montel pun menyapu ubat tersebut ke mukanya dan seperti yang diminta Si Montel menjadi lebih putih berbanding Si Buntal.

“Wan Limah… saya nak jadi lebih putih daripada Si Buntal dan Si Montel,” minta Si Debab kepada Wan Limah.

“Minta maaf cu…nenek tak ada ubat sapu tu…dah habis stok,” jawab Wan Limah.

“Kalau begitu berikan saya ubat sapu yang boleh menghitamkan kulit,” Si Debab meminta lagi.

“Aik? Nak buat apa? Kan cucu dah hitam? Takpalah. Nah! Ambil ubat sapu penghitam kulit ni,” kata Wan Limah.

Dengan sepantas kilat Si Debab menyapu ubat sapu penghitam kulit tersebut ke muka Si Buntal dan Si Montel. Maka jadilah Si Buntal dan Si Montel hitam seperti sediakala.

Tiba-tiba dengan sekelip mata Wan Limah pun menghilangkan diri.

- Tamat -

Kredit - Artikel iluvislam.com

Paku Di Tiang

Beberapa ketika yang silam, ada seorang ikhwah yang mempunyai seorang anak lelaki bernama Mat. Mat membesar menjadi seorang yang lalai menunaikan suruhan agama. Meskipun telah berbuih ajakan dan nasihat,suruhan dan perintah dari ayahnya agar Mat bersembahyang, puasa dan lain-lain amal kebajikan, dia tetap meninggalkannya.Sebaliknya amal kejahatan pula yang menjadi kebiasaannya.

Kaki judi, kaki botol, dan seribu satu macam jenis kaki lagi menjadi kemegahannya. Suatu hari ikhwah tadi memanggil anaknya dan berkata, "Mat, kau ni terlalu sangat lalai dan berbuat kemungkaran. Mulai hari ini aku akan pacakkan satu paku tiang di tengah halaman rumah kita. Setiap kali kau berbuat satu kejahatan,maka aku akan benamkan satu paku ke tiang ini. Dan setiap kali kau berbuat satu kebajikan, sebatang paku akan kucabut keluar dari tiang ini."

Bapanya berbuat sepertimana yang dia janjikan, dan setiap hari dia akan memukul beberapa batang paku ke tiang tersebut. Kadang-kadang sampai berpuluh paku dalam satu hari. Jarang-jarang benar dia mencabut keluar paku dari tiang.

Hari bersilih ganti, beberapa purnama berlalu, dari musim ribut tengkujuh berganti kemarau panjang. Tahun demi tahun beredar.Tiang yang berdiri megah di halaman kini telah hampir dipenuhi dengan tusukan paku-paku dari bawah sampai ke atas. Hampir setiap permukaan tiang itu dipenuhi dengan paku-paku. Ada yang berkarat lepat dek kerana hujan dan panas. Setelah melihat keadaan tiang yang bersusukan dengan paku-paku yang menjijikkan pandangan mata, timbullah rasa malu. Maka dia pun berazamlah untuk memperbaiki dirinya. Mulai detik itu, Mat mula sembahyang. Hari itu saja lima butir paku dicabut ayahnya dari tiang. Besoknyas sembahyang lagi ditambah dengan sunat-sunatnya.Lebih banyak lagi paku tercabut. Hari berikutnya Mat tinggalkan sisa-sisa maksiat yang melekat. Maka semakin banyaklah tercabut paku-paku tadi. Hari demi hari, semakin banyak kebaikan yang Mat lakukan dan semakin banyak maksiat yang ditinggal, hingga akhirnya hanya tinggal sebatang paku yang tinggal melekat di tiang.

Maka ayahnyapun memanggil anaknya dan berkata: "Lihatlah anakku, ini paku terakhir, dan akan aku cabutkannya keluar sekarang. Tidakkah kamu gembira?" Mat merenung pada tiang tersebut, tapi disebalik melahirkan rasa gembira sebagai yang disangkakan oleh ayahnya, dia mula menangis teresak-esak. "Kenapa anakku?" tanya ayahnya, "aku menyangkakan tentunya kau gembira kerana semua paku-paku tadi telah tiada."Dalam nada yang sayu Mat mengeluh, "Wahai ayahku, sungguh benar katamu, paku-paku itu telah tiada,tapi aku bersedih parut - parut lubang dari paku itu tetap kekal ditiang, bersama dengan karatnya."

Moral :

Rakan yang dimuliakan, Dengan dosa-dosa dan kemungkaran yang seringkali diulangi hinggakan menjadi suatu kebiasaan ,kita mungkin boleh mengatasinya, atau secara beransur-ansur menghapuskannya,tapi ingatlah bahawa parut-parutnya akan kekal. Dari itu, bilamana kita menyedaridiri ini melakukan suatu kemungkaran,ataupun sedang diambang pintu habit yang buruk, maka berhentilah serta-merta. Kerana setiap kali kita bergelimang dalam kemungkaran, maka kita telah membenamkan sebilah paku lagi yang akan meninggalkan parut pada jiwa kita, meskipun paku itu kita cabut kemudiannya. Apatah lagi kalau kita biarkan ianya berkarat dalam diri ini sebelum dicabut. Lebih-lebih lagilah kalau dibiarkan berkarat dan tak dicabut.

Kisah Tukang Gunting
Seorang laki-laki bernama Manan datang ke sebuah salon untuk memotong rambut dan janggutnya. Dia pun memulai sedikit perbualan yang hangat dengan tukang gunting yang melayaninya. Berbagai macam topik dibincangkan, hingga akhirnya Tuhan jadi subjek perbualan.

Tukang Gunting: "Encik, saya ini tidak percaya kalau Tuhan itu ada seperti yang encik katakan tadi."

Mendengar ungkapan itu, Manan terkejut dan bertanya, "Mengapa anda berkata demikian?"

"Mudah saja,cuba encik menjengok ke luar tingkap itu dan sedarlah bahwa Tuhan itu memang tidak ada. Tolong jelaskan pada saya, jika Tuhan itu ada, mengapa banyak orang yang sakit? Mengapa banyak anak yang terbiar?. Jika Tuhan itu ada, tentu tidak ada sakit dan penderitaan. Tuhan apa yang mengizinkan semua itu terjadi..." ungkap si tukang gunting dengan nada yang tinggi dan angkuh.

Manan pun berpikir tentang apa yang baru saja dikatakan oleh tukang gunting. Namun, ia sama sekali tidak memberi respon atau jawapan agar perbincangan tersebut tidak menjadi hangat lagi.

Ketika tukang gunting selesai melakukan pekerjaannya, Manan pun berjalan keluar dari kedai tersebut. Baru beberapa langkah, dia bertembung dengan seorang laki-laki berambut panjang dan janggutnya pun lebat. Sepertinya ia sudah lama tidak pergi ke kedai gunting rambut dan itu membuatkannya terlihat tidak kemas.

Manan kembali masuk ke dalam kedai dan kemudian berkata kepada tukang gunting, "Tukang gunting itu sebenarnya tidak adakan sepertimana yang anda kata bahawa Tuhan itu tidak ada!..."

Si tukang gunting pun terkejut dengan perkataan Manan tersebut.

"Bagaimana mungkin mereka tidak ada, buktinya adalah saya. Saya ada di sini dan saya adalah seorang tukang gunting" sanggahnya si tukang gunting.

Manan kembali berkata tegas, "Tidak, mereka tidak ada. kalau mereka ada, tidak mungkin ada orang yang berambut panjang dan berjanggut lebat. Contohnya lelaki di luar itu."

"Ah, anda merepek saja...Tukang gunting selalu ada di mana-mana. Yang terjadi pada lelaki itu adalah bahwa dia tidak mau datang ke kedai saya untuk di gunting rambut dan bercukur." jawabnya tenang sambil tersenyum.

Tegas Manan" "Tepat sekali! Itulah jawapannyanya untuk soalan anda kepada saya tadi. Tuhan itu memang ada. Yang terjadi pada umat manusia itu adalah kerana mereka tidak mau datang mencari dan menemui-Nya. Itulah sebabnya mengapa begitu banyak penderitaan di seluruh dunia ini...."

Mendengar jawapan dari Manan tersebut menyebabkan si tukang gunting diam membisu tidak terkata.

Moral dari kisah diatas:

Dari cerita diatas ini, dapat kita simpulkan bahawa kita sebenarnya lupa akan Allah, tetapi Allah tidak lupa akan kita. Hanya bila kita sakit atau susah barulah kita mengingatiNya sedangkan apabila kita hidup senang dan sihat kita lupa akan kewujudanNya. Renungkanlah seketika. Berapa banyak kalikah kita memujinya pada setiap hari? Dan berapa banyak kalikah kita memuji diri kita dan diri orang lain setiap hari? Dan apabila kita memuji Allah sesudah solat, adakah kita memujiNya dengan bersungguh-sungguh sepertimana kita memuji diri seseorang tokoh

Mimpi Seorang Gadis


Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat.

Lalu Rasulullah menegurnya. "Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"

Lalu gadis malanginipun menceritakan hal yang berlaku padanya :- "Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku." Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut.

"Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak. "Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya? Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi. Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama. Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia. Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur. Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah."

Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi. Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam. Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh. Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu.Mudah-mudahan segala dosanya terampun.

Tertipu Berulang Kali
Di suatu hari, seorang lelaki sedang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman. Dia berjalan dengan menarik seekor keldai di belakangnya. Seorang pencuri melihat hal ini. Dia mengendap-endap dan memutuskan tali pengikatnya dan mengambil keldai tersebut. Setelah beberapa lama, sang empunya keldai pun menyedari bahawa keldainya telah hilang. Dia berlari ke sana sini mencari keldainya dengan panik.

Sampailah dia pada sebuah perigi. Di tepi perigi, dia nampak seorang lelaki tetapi dia tidak tahu bahawa lelaki itulah yang telah mencuri keldai miliknya. Dia bertanya kepada lelaki itu adakah dia melihat seekor keldai di sekitar tempat itu.

Pencuri itu tidak menjawab, malah dia menangis dan bersimpuh di tepi perigi.

"Mengapa kau menangis?" tanya pemilik keldai kehairanan.

"Dompetku jatuh ke dalam perigi ketika aku menimba air. Jika kau dapat membantuku mengambilnya, aku akan berikan kau seperlima dari wang yang ada dalam dompet itu. Kau akan mendapatkan seperlima dari seratus dinar emas di tanganmu!"

Pemilik keldai pun berfikir, "Wah! Wang itu cukup untuk membeli lebih dari sepuluh keldai! Bila satu pintu tertutup, sepuluh pintu lain akan terbuka."

Dia segera membuka pakaiannya dan turun ke dasar perigi. Sudah pastinya di dalam perigi itu tidak terdapat apa-apa. Dan si pencuri pun melarikan pakaian orang itu.

Moral:
Apabila satu kerugian saja membuatmu amat gelisah, maka kerugian-kerugian lain akan datang kepadamu dengan mudah. .

credit: cerita-tauladan.blogspot.com

Thursday, September 12, 2013

TIPS HALAU HANTU



Dengan nama Allah
Selawat & salam kpd Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w & klrga

Semoga sejahtera…

Utk berkongsi pengalaman…kalu ade kebaikan ikut, kalu bawa kesesatan jgn ikut & tlg beri nasihat pada Hambe.


Anak hambe umur 3++ sering nampak antu/setan/jin, mula2 hambe buat tak tau sebab sangka dia main2. Oleh krn kerap sgt dia tegur apabila melalui satu kaw. d puchong selangor, maka satu ari hambe layan dia bercakap.


Hambe tya mcm mana rupa?
Duk kat mana?
Buat ape?…dgn niat saje nak layan anak hambe berbual.


Selang beberapa ari lepas ‘tegur’ tersebut, anak hambe nangis, dia nampak antu/setan/jin dlm rumah plak, atas almari… Hambe syak antu/setan/jin tersebut ikut balik rumah sebab kami dah ‘tegur’ dia ari tu.
Setan dah janji akan sesatkan anak adam selagi boleh…


Mula2 hambe x percaya, sangkakan dia salah pandang. Hambe buat tak tau je, tapi dia tak mau masuk bilik.




Kali ke 2, dia menangis lg semasa hambe dlm bilik kecik… Hambe sangka dia bergaduh dgn adik Nur Aishah. Bila hambe tengok dia tgh paling kan muka ke bawah bantal. Dia kata nampak antu dlm bilik blkg pulak. Atas almari.


Perkara pertama hambe azan. Waktu tu dlm pukul 11 pg.
Selesai azan hambe tya, ade antu lagi?
Anak hambe kata ade lg warna putih…


Perkara ke2 hambe baca 3 Qul. 
Selesai baca hambe tya, ade antu lagi?
Anak hambe kata ade lg warna merah…


Perkara ke3 hambe baca 3 ayat kursi.
Selesai baca hambe tya, ade antu lagi?
Anak hambe kata x ade …Alhamdulillah…


Hambe sangka antu/setan/jin dah lari terus, selang beberapa ari sekali lagi anak hambe nampak. Dia ketakutan…hambe buat perkara ke2 & perkara ke3 spt d atas. Alhamdulillah…


Tapi sampai bila…


Hambe teringat pesan satu ustazah, dia kata baca surah al Baqarah dlm umah, selama 3 ari antu/setan/jin tak masuk umah. Tapi surah al Baqarah panjang tuh…286 ayat


Memang jd kebiasaan hambe suka belek2 kitab Hadith Sohih Muslim d masjid sementara tunggu isyak. Belek punya belek…hambe jumpa sesuatu yg sgt mengujakan & boleh selesaikan masalah hambe…insyaAllah


Begini lebih kurang maksud dpd Hadith Sohih Muslim ;


“ketika Nb Muhammad s.a.w duduk bersama Jibril a.s, kedengaran bunyi pintu d buka. Jibril a.s menerangkan itu bunyi pintu langit terbuka. pintu tersebut tidak pernah terbuka selama ni. kemudian kelihatan malaikat turun.


Jibril a.s menerangkan malaikat itu tidak pernah turun ke bumi sebelum ini.
Malaikat tersebut turun dgn membawa nur yg tak pernah d anugerahkan kpd selain nabi, ianya khas utk Nb Muhammad s.a.w.
Nur tersebut ialah surah al Fatihah & 3 ayat terakhir iaitu 284, 285 & 286 surah al baqarah.”


Kalau nak lebih yakin sila semak dlm kitab sohih muslim.


Jadinya hambe buat kesimpulan apa yg ustazah tersebut bgtau adelah berdalilkan hadith sohih tersebut…


Hambe terus baca ayat2 tersebut setiap hari alhamdulillah…insyaAllah.


Dan antu/setan/jin tersebut tiada lg mengganggu anak hambe alhamdulillah…insyaAllah.


Antara lain ayat al Baqarah tersebut bermaksud memohon perlindungan dpd “golongan kafir”.


Di sebalik kejadian tersebut, ade sesuatu yg besar Allah nak beri kpd kita. Iaitu melazimi al Quran setiap hari. Akhirnya timbul rindu, ketagih & kasih akan al Quran…seterusnya rinduh & kasih akan Allah & Rasulullah s.a.w…masyaAllah suhanAllah alhamdulIllah Allahuakbar…


Carilah al Quran yg ade terjemahan & tafsir. Akan terbuka lebih byk jln2 Nya…insyaAllah.
Jgn duk tafsir sendiri…nanti ngaku rasul plak…na’uzubillah


Surah 29 al Ankabut; ayat 69
69.Dan org2 yg berjihad utk (mencari keredhoan) Kami, benar2 akan kami tunjukan kpd mrk jln2 kami.


Segala yg baik itu dpd Allah, manakala yg buruk itu kelemahan hambe (bersangka baik dgn Allah…)

Artikel dipetik dari isuhangat.net